Bestsellers
 
Currency
 
Shopping Cart
0 items
 
SHOUT TO US

ShoutMix chat widget
 

Keselamatan Kediaman

(1) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

(2) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

(3) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.

(4) Kalau bercuti untuk jangka masa lama, pesan jiran untuk mengutip surat-surat dalam peti surat . Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

(16) Kereta adalah benda paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri). pencuri biasanya akan memilih kereta yang mudah dan cepat dicuri.

(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/peti surat/alang pintu/tepi tingkap bila keluar. perbuatan ini seperti menjemput pencuri kerumah anda! Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru,

(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00 malam).

(23) Jangan tinggalkan pintu rumah anda terbuka walaupun sekejap! Kebanyakan perompak memantau pergerakan dan rutin harian anda secara berterusan. Mereka hanya menunggu peluang!

*Source – Bukit Aman PDRM **